Jom Follow Bunga

Monday, September 8, 2014

Makeup Nikah Huwaina di Pendang Kedah 30 Ogos 2014

Buat pertama kalinya bunga ke Utagha sana nun untuk job makeup dan inai. Alhamdulillah diintai2 pengantin dr sana. Si kecil manis Huwaina mengambil pakej lengkap dr BPoB untuk ditatarias oleh bunga.

Seawal pagi jam 5.30 bunga dah sampai di KLIA 2 menaiki Air Asia. Segala urusan perjalanan bunga kesana bagi menjimatkan masa diuruskan pengantin dengan baik.

Jom lihat makeup nikah Huwaina pada 30 ogos 2014 lepas...Alhamdulillah pengantin suka ;)
gambar collage atas semasa bunga menunggu dan berlepas...gambar bawahnya sesudah sampai
di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.






Mana2 pengantin sebelah utara yg ingin mendapat servis pelamin dan busana cantik seperti pengantin ni, leh jenguk2 Andaman Patimah Redsya GP di Sungai Petani...

Inai Hafiza di Sepang 29 Ogos 2014

Kali ni inai bunga agak berlainan di Sepang pada 29 ogos 2014. Pengantin memberi kebebasan kepada bunga utk menatarias tgn kaki semua yg patut...hehe

Konsep rose kecil2 ni memudahkan bunga deco atas tgn dan kaki pengantin. Alhamdulillah Hafiza sukakannya...




Inai Zaiharis Puchong 28 ogos 2014

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...rezeki inai dan makeup dr BUNGA Passion of Beauty kian mendapat sambutan. Entry kali ni design inai untuk customer bunga di Puchong yg bernama Zaiharis. As usual bunga suka element bunga2an...so xde masalah untuk Zaiharis dan bunga juga. Family members yang baik dan work bunga berjalan dgn baik. 

Selamat pengantin baru dari BPoB





Tuesday, August 5, 2014

Inai di Putrajaya

Assalamualaikum semua...masih sempat untuk bunga ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. Even dh seminggu lebih berhari raya tapi kemeriahannya tetap dirasa...

Lama x update blog ni...
Just shared design henna dr customer ni....lokasi di putrajaya. Alhamdulillah pengantin sgt berpuas hati...

Leh tempah inai dgn bunga utk lock date keramat uols k...








Friday, May 30, 2014

Inai Pengantin Jan - Mei 2014

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update blog ni. Rindu nak berceloteh. Tapi tak lari mana nk pot pet pot pet pasal inai n makeup. Dah tak mengikut turutan dah post bunga ni. Nah...sekarang bunga update corak2 inai yang bunga conteng2 kpd customer sejak awal tahun sehingga Mei 2014....ni pun ada yg xsempat lagi upload....huhuhu

nak tempah? whatsapp bunga 0173509165...jangan dah nk dekat tarikh baru nak tempah syg2ku ye...better book awal..elak dr bertindih masa..











Thursday, March 27, 2014

25 Jan 2014 : TOP 5 MUA bagi Pertandingan Pencarian Pereka Fesyen, Makeup Artis dan Talent - Anjuran KBS, Stailista - Dataran Underground KL

Tahun ini banyak menjadikan bunga lebih semangat dengan bidang yg bunga ceburi. Alhamdulillah pd 25 Jan 2014 lepas bunga berjaya mendapat TOP 5 Best MUA dalam Pertandingan Pencarian Pereka Fesyen, Makeup Artis dan Talent, Anjuran KBS, Majalah Stailista di Dataran Underground KL. Walaupun kumpulan kami adalah kumpulan terakhir dftar, tetapi kami berjaya dinobatkan TOP 5 Best MUA dan TOP 5 Best Designer (Pereka Fesyen). Tema makeup yang dipertaruhkan adalah sanding glamour. Jutaan terima kasih kepada Owner Hijrah Couture iaitu kak Roslina dan keluarga kerana bersusah payah support kami semua...

Komen Juri - MUA Emma : 'saya suka dengan kekemasan makeup, soft dan nmpak mewah serta moden, kening yang cantik dan kemas walaupun tidak dicukur, eyeshadow di'blend' dengan baik, shading yang rata dan blending yang baik. keep it up...n good job, tahniah'

Pereka Fesyen : Yan Syarehan
Model 1 : Arlina 
Model 2 : Umairah
MUA : Me as well

sebarang tempahan makeup boleh whatsapp 0173509165










23 Jan 2014 : Inai Dr Jehan di Kajang

Alhamdulillah...majlis Dr. Jehan di Kajang dh pun berlalu...sedikit review inai yang bunga pakaikan buatnya majlis keduanya iaitu majlis sanding yang berlainan tarikh :)

sebarang tempahan inai leh whatsapp bunga di 0173509165




22 Jan 2014 : Makeup Mas Hijjab di Utusan Melayu

Ni post lama actually...alhamdulillah. Designer atau model iaitu Siti Mastura menjemput bunga untuk makeup di Utusan Melayu Sdn Bhd di Jalan Chan Sow Lin KL. Sampai dah pun keluar paper...jom jenguk2 makeup bunga untuk mastura. warna2 terang bunga gunakan bagi menyerlahkan lagi wajahnya yang ayu...

bagi sebarang tempahan, leh terus whatsapp bunga di 0173509165




Wednesday, February 19, 2014

Inai Ayu adik kepada Tini Isteri Cat Farish

Pada awal 3 Januari lepas, bunga inaikan pengantin yg dipanggil ayu..merupakan adik kepada Tini iaitu isteri Cat Farish. Selama diskus ttg inai dengan Tini, langsung bunga tidak sedar dia adalah isteri kepada Cat Farish (penyanyi rappers malaysia). Keluarga yang sgt humble dan mudah untuk bunga berurusan.

Ahli keluarganya turut meriahkan majlis berinai dengan masing2 pakat hulur tangan...so happening. Sedikit tatapan sepanjang berintagram dan camehore on that moment...alhamdulillah ;)







wajah tini terpaksa bunga hide kerana beliau bertudung.. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Right Reserved cikbungaleen.blogspot.com