Jom Follow Bunga

Monday, November 5, 2012

Untung Jadi Pelajar Tua...

Sape kata jadi pelajar tua tu rugi?? Bulan 10 lepas bunga ke UiTM ambil keistimewaan yang kerajaan kasi mengikut Bajet 2013...iaitu Kad Diskaun Siswa yang mempunyai keistimewaan kepada semua pelajar IPTA/IPTS..untunglaaaaa

10-15% off discount utk kedai/primis yang terpilih dan termasuk tiket penerbangan mahupun tempat percutian serta Hotel Malaysia. Jadi lepas ni, kalau bunga nak shopping barang keperluan leh le g Mydin jer...dapat diskaun taw...hehehe

Bunga bawa rakan baik bunga iaitu Herny Rahim yang berdarah manis ni...dia dah nak kahwin Januari depan. Inai bunga juga ditempah beliau. Dan dia sangat2 teruja masuk kampus UiTM shah alam untuk tengok persekitaran kampus....katanya 'kalau jadi student balik, leh la dapat anak hayem'..kikikiki guraw je ye...

Lepas selesai ambil kad ni...kitorg g makan sakan..hehehe

available sehingga 2016...untunglaaa kan hikhikhikhik.... :P


Bakal Pengantin teruja nak sambung belajar....hehehe



Sunday, September 30, 2012

Semua jadi GILE bila jumpa

Lama xjumpa kawan2 time blajar dulu.

Kekangan waktu dan mcm2 hal manjadi halangan utk jumpe. Maklumla ada komitmen terhadap kerja dan kluarga...nothing important than that..

Jadi pakat2 jumpa lpas raya, skrg baru ketemu. Ahaakkkss...semua jadi gile dan mude jelita..awwww....

Bunga, kak haliza dan norul madina berkawan baik sepanjang belajar dulu di uitm...alhamdulilah hubungan kami bertiga baik hingga ke hari ini... ^______~













Thursday, September 27, 2012

kurus2 pun, dalam kena sihat

Semalam bunga jenjalan ke Jusco Equine. Memang pantang bunga kalau jumpa kerusi buaian ni...sangat2 teruja nak duduk.

Sebelum ni, bunga ada juga bercerita tentang buaian ni kat post Deco Rumah 1~Buai Rotan muatan 150kg. Jemput baca...hihihi

Bunga ambil kesempatan bergambar kat buai tu...hihihi. Time bunga upload je pic..ramai yg PM bunga tanya camne bunga leh susut/kurus smpai camni...

Alhamdulillah, memang target bunga nak sangat kuruskan badan untuk kesihatan juga. Nak bercerita lebih-lebih macam tak best kat cni. Tapi kalau korang nak tahu sebab apa...leh la PM bunga kat cikbungaleen@gmail.com

^______~


Thursday, September 20, 2012

Paku Pakis bukan sayuran

hah....jangan ingat paku pakis yg bunga nk kongsikan disini sayur ye....hehe

kali ni corak inai paku pakis yg bunga aplikasikan dari decorer inai dari utara. actually corak ni pernah dipakai oleh seorang artis yang sememangnyer ayu...

ye betul...corak inai ayu raudhah...tapi ianya lebih halus dan dekat2 sedikit...

ok sayang2 bunga sekelian....kalau nk tempah ukiran inai ni....sila lihat post word di sebelah ni ---->

jangan lupe like Fan Page bunga ye.... Beauty by Cik Bunga Leen




Monday, September 17, 2012

Radar tinggi katanye...phoebe ek??

Hari ni adik bunga yg no. 2 ikut bunga balik kl. Sok dia dah nak start keje kat damansara sbg pensyarah. Congrats cik ming ming..hehehe

Sepanjang perjalanan td..dia jd co-pilot bunga je..mmg sedap le dok dgr mp3 dia.pasang radio? Jgn harap bunga nak kasi..bunga hanya pasang ikim.fm je dlm kete..hehe

Bosan agaknye dgr mp3 je..dia maen fb dlm kete..tak smpai 10minit dia off...bunga tanya 'nape ko?' jawab si ming ming ni....
'tak leh la tgok fb dlm kete..radarnye tinggi sgt'....ceeettt

Kuasa phoebe (cerite Charm ntv7 dulu2) sgt laaaaa...

Sunday, September 16, 2012

Memang suka manja-manja

Manja-manja...semua orang suka. Bunga pun suka. Tapi yang selalu nak bermanja dengan bunga bukan orang tapi kereta kelisa. Dia buat perangai dari hari raya lepas..siap dengan drive sharp goyang, tayar pecah, hard disk pun dah sengal bunyi mcm orang nak berkompang...hehehe Hai kelisa..sabar je la. Tak pe la..i still love u sbb byk berjasa bawa bunga ke tempat kerja, ke kelas, jumpa kawan2 dan bawa jumpe customer... Jasamu hingga ke hujung nyawa xdpt dilupakan... ~bunga ada hati nak beli kete baru, tapi xleh ckp dpn kelisa,riso dia merajuk..~

Wednesday, August 29, 2012

Henna



Semua design henna diukir oleh saya
bersilang2 tangan pengantin posed
kecil2 je leret2 design
dr photographer CSI, wedding ain di seri kembangan
view henna secara dekat
tq CSI
agak simple corak ni dan halus
model bertauliah la kut...syuhada
henna di tangan uzie cheras
putih pulak kaki uzie ni


inpired by memey's design
naik juling mata nak buat ;)
bunga raya? ok gak
model-model henna saya untuk event Beauty Henna
corak pada model inai
tapak tangan pun nk design terkini
model yang memakai henna
lagi corak bunga raya
thanx to ejat rahsia hati



Friday, August 3, 2012

Jangan Bercinta Kalau Tak Mampu...-DDK

Bunga suka sangat ada scene cite DDK - Dejavu Di Kinabalu semalam...memang terbaiklah si Zahir kawan baik si Ammar tu....ni antara skrip/dialog diorg....SYABAS Kak Erma Fatima...antara part of script yang boleh jadi teladan kepada yang berangan nak bercinta bagai....

Zahir : Aku ingat kau balik sini kau jadi lelaki. Macam mana Rama mendapatkan Sita daripada Ravana....(ayat perli tu....dussshhhh)

Ammar : Cinta tu rasa je, Zahir. Dia datang, dia pergi macam angin. Bila dia ada, kau akan nikmati dia sepenuh hati. Tapi bila dia takde, engkau tak perlukan dia, kau biarkan je.

Zahir : Cinta bukan untuk kau simpan.
Kau luah sampai muntah, lepas tu kau biarkan je tanpa sebarang pertarungan. Kau mengaku kalah sebelum kau betul-betul bertarung. Kau ni lelaki jenis apa Ammar?!

nah...amik kawwww....

pengajaran : pertahankan apa yang kau ada...jangan jadi selemah2 manusia....langsung tak berusaha untuk jernihkan keadaan dan baik pulih hubungan mahupun bertindak sebangai gentlement...come on guys....


Ya Allah..aku rindu

Sepi je subuh ni, aku masih lagi mimpi benda yang sama...
'ish...perasaan je kot'...(mengalir lagi air mata ini...alhamdulillah)...

Agaknya Allah mahu aku merinduinya di bulan kemuliaan ini..
Azan dah pun berkumandang tanda subuh bakal menjelang dan rzeki bakal dicari lagi..

Allah merinduiku dan aku juga merinduiNya...rindu memohon ampun, rindu memohon ketenangan, rindu mengharap kebahagian dalam kehidupan ini...

Hanya cinta Kau agung di mataku...

aku perlukan Dia...

Thursday, August 2, 2012

Senyumlah...alhamdulillah

Aku masih lagi boleh tersenyum dan ketawa..saat kau sakiti hatiku dan rendahkan aku.ketahuilah saat nanti,kau juga akan merasa disakiti spt apa yg aku rasa...

Diam Bukan Jalan Penyelesaiannya...

Pernah DIAM 1000 BAHASA?

Semua orang pernah. Aku pun pernah. Tapi sikap diam seribu bahasa dan buat orang lain bersikap geram, dendam, marah terhadap awak...BAGUS KE?

TAK PAYAH nasihat orang lain mengenai agama kononnya apa yang terjadi sudah ditentukan sejak azali. Semua orang tahu benda tu. Yang perlu dari hati ke hati dan TAK BUAT orang lain BERGANTUNG TAK BERTALI adalah dengan KOMUNIKASI.

Betapa pentingnya komunikasi tu untuk menyelesaikan masalah, bukan DIAMkan diri. Kalau BENAR bagai dikata, jika seseorang itu DIAM terus dalam perbalahan dengan maksud berNIAT memperMAINkan perasaan orang lain. Jadi ini berMAKSUD awak berada dalam kategori tersebut. TAHNIAH kerana awak juga mempunyai sikap MAZMUMAH.

Jangan BERLAGAK EGO dengan apa yang awak ada. Selama ini awak yang CREATE jalan cerita untuk semua orang disekeliling awak mengikut TELUNJUK awak. Bila berlaku masalah awak LARI, awak SEMBUNYI, awak TAKUT, awak KECUT, awak BISU.

TERANG LAGI BERSULUH...kerana itu semua sikap awak! awak bukan tuhan untuk memberi UJIAN kepada orang lain. Sekiranya awal2 lagi dah berniat dalam sesuatu hubungan....it will karma to you once u crash on someone...he/she will treate you the same way....then you will REMEMBER how you treat people along time ago....THATS IT....

Waallahualam....


Wednesday, August 1, 2012

Contest Cipta Dialog by Broframestone

Leen just nak test luck...mana taw leh dapat duit raya dr BroFramestone ni...hehehe RM10...nk note baru okay! :-P


kalau korang nak Join pun boleh...sempat lagi smpai tengah malam ni jew...hihihi
klik DISINI


p/s : baby zafirah kompem tension layan papa Mat Saje....banyak jugak Leen tengok pic zafirah dan Mat...kikikiki
To Iera...u maintain manis...hehehe cayalah... :-)



Sunday, June 24, 2012

Deco rumah 1~ BUAI ROTAN muatan 150kg??!!

Tadi siang Bunga ada pegi Jusco Aeon dekat dgn umah. Habis Bunga mmbeli teddy pink kat Lovely Lace, terjenguk di ruang legar aras G...so apa lagi segera pjgkan kaki trun ke bawah...

Pameran jualan perabot rumah...rupenye...hahaha

Nampak mcm biasa la..ada jual tilam,kerusi, meja, set sofa, sinki, n lain2...
TAPI...yg mnarik perhatian Bunga adalah BUAI ROTAN. Bunga diberitahu ianya boleh mnampung keberatan 150kg...huuuiiii leh tahan lasak juga buai rotan ni. Sesuai diletak di bawah pouch rumah..untuk santai baca buku bagai..

Buai rotan tu boleh dibayar secara ansuran selama 12bulan tak silap iaitu sbyk rm130 sebulan. Kedai perabot tu terletak di area kelang...(lupa nak ambil address kedai tu..hihi)..ia didatangkan dgn dua warna je...PUTIH dan HITAM..

Kemudian mata perempuan ni terpandang katil ala2 klasik gitu. Berwarna oak..coklat kehitaman...zaman mak ayah kita byk mcm tu. Ni pun salah satu katil saiz queen or king kegemaran Bunga..insyaallah akan beli smua ni...

P/s Bunga suka brangan nk umah klasik kotemporari..hihi tapi still adaptasi dgn moden...nnt Bunga cite lg deco umah impian Bunga k ^_____^~

Saturday, June 23, 2012

Bila kereta nak bermanja

Seminggu dua ni kereta leen mmg sgt2 buat hal..

Mujur la bgkel kereta byk dkt dgn umah Leen ni...

Bengkel feveret Leen ialah castrol auto service dkt seri kembangan...dlm 10minit je dr umah...

Eeemmm last two weeks ekzos patah..ni pulak licking yg dh mcm air paip mmncut..

Aduhai SAYANG...suka ye nk manja2 time duit dh nk kering...aaaiii sabar je la...


Monday, June 18, 2012

BIOLYN Hair SPA Treatment~ Rambut oh Rambut!!!

Assalamualaikum

kali ni bunga nak bercerita satu invitation dari Bro Framestone n friends ke satu saloon rambut....pada 16 Jun 2012. let me introduce to you... nama saloon ni BIOLYN HAIR SPA Treatment di area Seri Kembangan...





punya la kelakar nak cari saloon Biolyn ni...sampai bunga masuk South City Plaza...ekekeke....sape suh tak GPS jer kan....kahkahkah....

sesampai bunga di sana...rupenye dah ramai blogger dah pun beredar..yang tiggal cuma Bro Framestone, Iera KanNursyafiq Mohamad, Ahmad Fauzi Aryaan, Ujang (Azfar) dan beberapa rakan blogger lain di sana... 

HANYA RM10....biar BETUL???

Dengan cucian rambut serta blow...anda tak mungkin dapat RM10 di mana2 saloon rambut kan? Malah siap diberi goodie bag dengan product percuma...ni produk yang bunga dapat... :) SKIN Phyto Hyaluronic Acid Solution...harga biasa RM39...murah sangat...


INGREDIENT??
Oh ya, dalam goodie bag tu...bunga dapat SKIN Phyto Hyaluronic Acid Solution dimana ia baik untuk menghidratkan, firm, menenangkan, dan pemutihan kulit (muka, seluruh badan, ketiak, atau tapak kaki).
Ia dibuat daripada tumbuhan, tiada pewarna tiruan dan tiada minyak dan tak lekit.

Bunga diberitahu, produk mereka buatan sendiri dan disebabkan itu harganya sangat berbaloi dan yang penting tiada bahan kimia.

Sangat2 best time kepala kena sental....ringan dan pekerja mereka juga sangat ramah dan mesra pelanggan.

Selain itu dekorasi Biolyn Hair Spa ini sangat menarik berkonsepkan warna merah hitam dan putih..sangat2 elegant gitu...hehe...checkidauuttt....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


pekerja yang terlatih dan mesra pelanggan...


tidak seperti saloon rambut yang biasa....kedudukannya sangat selesa dan eksklusif...


produk2 Biolyn yang disusun rapi...


kaunter pembayaran...kad kredit juga diterima :)


ruangan menunggu dengan bacaan ilmiah ~ magazine bagai...





bukan untuk perempuan je, lelaki pun boleh...ehhhhh multi function...for kids pun ada...terbaiklah!!


Jadi kalau korang rasa nk gojes2 dan mendapat rawatan yang murah serta sangat2 berbaloi...jom ramai-ramai ke Biolyn Hair Spa Treatment di Seri Kembangan...

Nak cantik, nak sihat.....kena jaga luar dan dalam...sebab kebersihan itu cerminan diri kita... :-)

Pssssstttt....Bunga juga akan buat rawatan rambut di sini dua minggu dari sekarang...hehehe....

Jom cantik bersama Bunga di Biolyn Hair Spa~

Biolyn Products (M) Sdn. Bhd.
55-1, 2, 3, 4 Jalan SP 2/1, Taman Serdang Perdana
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel : 03-8941 8303, 8945 6780
Fax : 03-8941 7303
Email : enquiry@biolyn.com.my






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Right Reserved cikbungaleen.blogspot.com